PEMBUKA BICARA
Tika tangan ini
menggerakkan tinta untuk menulis pengisian pertama saya ini, terdetik di benak
dan minda saya, “apa yang patut saya tuliskan?”. Kerana bukanlah saya seorang
yang terlatih untuk menjadi penulis. Keinginan yang membuak- buak di dalam dada
yang membawa saya ke mari.
Izinkan saya
berkongsi sedikit daripada ilmu Allah bersama kalian. Demi sesungguhnya, setiap
apa yang kita kerjakan itu mulakanlah dengan niat. kerana dengan niat yang baik,
insya Allah, setiap pekerjaan yang kita lakukan akan dipermudahkan. Selari dengan
hadis baginda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
Amalan itu bergantung pada niat kita,
adakah semata-mata karena Allah SWT atau karena hal lainnya,
jadi mari luruskan niat,
semoga peroleh keredhaan dan keberkatan-Nya..
renung-renungkan dan selamat beramal...^-^

Azim
ReplyDeletetahniah blognya!
mohon masukkan maklumat bahawa blog ini adalah tugasan kursus PK.