Garapan ilham...
Situasinya:
“Ahmad, bagaimana dengan perkembangan cerpen kamu?”
“Maaflah abu. Tetapi tiada sebarang perkembangan buat masa ini. Saya masih
tidak mempunyai sebarang ilham untuk
menulis.”
Berdasarkan dialog pendek
di atas, dapatlah saya nyatakan di sini bahawa ilham itu memainkan peranan yang
sangat penting kepada para penulis. Ilham dapat didefinisikan sebagai, lintasan
idea ataupun buah pemikiran yang kita perlukan dalam melakukan sesuatu perkara
atupun meninggalkannya. Allah berfirman mengenai ilham di dalam surah As- Syams
ayat 7-8 yang membawa maksud:
“Demi diri manusia
dan Yang menyempurnakan kejadiannya
(dengan kelengkapan yang sesuai dengan
keadaannya); Serta
mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan
yang membawanya
kepada
kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa.”
Ketahuilah sahabatku sekalian. Ilham itu milik mutlak Allah. Sahabat- sahabatku yang
bijaksana, sudahkah kalian memperoleh ilham untuk menghasilkan cerpen
eksperimental kalian? Jikalau sudah ada, maka bersyukurlah. Kerana sesungguhnya
Allah jualah yang Maha Bijaksana. ^_^
Nota kaki: jiwaku dihambat gelisah dek kerana ilham yang kuharapkan tidak
jua
menjelma.=’(


Bersabarlah..
ReplyDeletesetiap usaha pasti akan mendapat manis hasilnya di kemudan hari.. :)