Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 8 December 2012


Pembawakan...




Saya tersentak daripada lena dengan lelah yang maha dahsyat. Astaghfirullah... tiadalah saya didatangi mimpi indah saat beradu malam tadi. lena yang pendek cuma, tetapi mengundang seribu satu persoalan kepada saya. Ya, jujur saya akui bahawa belakangan ini saya seakan- akan terkejar- kejar hendak menyiapkan karya eksperimental saya. Bagaimana ianya tidak mengundang persoalan kepada saya kiranya saat saya terjaga tadi, tubir mata saya dibasahi dek mutiara- mutiara halus. Allahu akbar! Adakah saya menangis? Mimpi apakah yang mendatangi saya dalam lena yang pendek itu? Jujur, ia mengganggu gugah spiritual saya. Minda yang dangkal ilmunya ini turut gagal mencerna apa yang yang telah menimpa saya sepanjang saya lena.




Ya Rabb... kiranya Kau ingin menguji aku, pinjamkanlah aku sedikit daripada kekuatan-Mu agar tiadalah aku rapuh sepanjang aku cuba untuk menempuhinya. Kerana tiadalah yang lebih kuat melainkan Kau Yang Maha Kuat. Ilmu yang kumiliki, tiadalah dapat mentafsir segala rahsia-Mu tentang apa yang bakal terjadi sama ada di langit mahupun di bumi. Kerana hanya Engkau lah Yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu itu. Allahu akbar!



Friday, 7 December 2012


Biarkan tintaku menari berterusan melakar kanvas...

Alhamdulillah... selepas beberapa hari saya menghadapi kebejatan idea, pada hari ini, ilham itu datang tanpa saya duga. Memulakan sesebuah karya itu sesungguhnya memerlukan tingkat kesabaran yang tinggi. Sungguh saya takjub melihat mereka yang terus- terusan gigih menghasilkan sesebuah karya penulisan. Semoga kalian terus berjuang agar karya penulisan tidak hilang ditelan arus kemajuan. J


Ke hadapan saudara- saudaraku...
Izinkan saya bertanya...
Sudahkah anda memanjatkan syukur kepada Ilahi pada hari ini?
Sahabat...
Dalamilah bait potongan doa di atas...
Kerana dengan bersyukur, bahagia itu akan kita perolehi...
Alhamdulillah... J


ohhh aku bingung..!

OHHHH AKU BINGUNG!!! Beginilah jeritan suara hatiku yang menerjah seluruh saraf-saraf dalaman organku. Hatiku yang bergelojak saat ini sungguh sukar untuk ku pujuk agar kembali bertenang. Apa puncanya aku berkelakuan seperti ini?? Ohh..pastinya kerana kegusaranku yang kian memuncak lantaran belum lagi memulakan langkah untuk memikirkan plot-plot cerpen. Walau 'DIA' telah ku temui, tetapi tanpa jalan cerita dan idea untuk menulis cerpen, segala kerja pasti tidak akan menjadi. Namun begitu, kotak fikiranku berputar ligat.. mengingati aktiviti luar kuliah pada hari isnin ini iaitu melawat ke tasik Putrajaya. Wah, tidak sabar menunggu hari tersebut! Pasti seronok bukan melihat pemandangan di sana pada waktu malam. Melihat tasik yang luas, Masjid Putrajaya yang indah, senibina bangunan di sekelilingnya yang cantik, ah..sungguh mendamaikan. Seakan terbayang-bayang di ruangan mataku pemandangan itu. 
Aku berharap, niat kami untuk menggarap idea dengan melihat panorama malam di sana akan membuahkan kejayaan. Semoga aku juga turut mendapat manfaat sepanjang berada di sana nanti.

Wednesday, 5 December 2012


Sang pemerhati...

Sama sekali saya tidak pernah menyangka akan mengalami perubahan sedrastik ini. Dunia saya berubah 360 darjah. Impak daripada mengambil kursus Penulisan Kreatif, menjadikan saya seperti insan yang diberikan nafas baharu mengenai dunia ini. Saya mula menjadi pemerhati. Laksana helang di angkasa yang menyasarkan mangsa di bawah sana. Saya cuba mengaitkan segala ciri- ciri yang ada di sekeliling saya kepada “dia”. Jujur, setiap daripada mereka itu mempunyai ciri- ciri ketokohan yang tersendiri. Ada di antara mereka yang mempunyai ketokohan sebagai pemimpin, ada juga antara mereka mempunya ketokohan sebagai sahabat sejati. Paling utama yang dapat saya perhatikan, mereka mempunyai ketokohan untuk menjadi pemimpin kepada diri sendiri. “Dia”, janganlah kamu menyepi. Masaku semakin suntuk. Saya akan terus mencari dan mencari, hingga “dia” saya temui... 


Belajarlah untuk memandang dan memerhati dunia ini dari semua sisi... moga dengannya kita akn lebih mengerti tentang identiti diri... percayalah, perspektif manusia yang acapkali berbeza menjadi antara penyebab dunia ini berwarna- warni...



Tuesday, 4 December 2012

di sebalik usaha ada ganjaran


Masa untuk menyerahkan tugasan kursus Penulisan Kretif semakin hampir. Tidak sampai sebulan sahaja lagi tapi langkahku masih terhenti. Aku berasa putus asa apabila teman-teman lain sudah menemui 'tokoh' cerpen yang mereka cari sedangkan aku masih samar-samar lagi, masih teraba-raba untuk mengorak langkah membina cerpen. Mungkin ini cabaranku sebagai pelajar kursus lain yang mencuba untuk menimba pengalaman dalam bidang penulisan. Namun, takkan ku biar rasa putus asa ini dapat bermaharajalela di lubuk hatiku kerana ku tahu setiap usaha itu pasti ada ganjarannya..

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB :
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
 QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
Surah At-Taubah ayat 129



ketahuilah sahabat-sahabat sekalian.. setiap persoalan ada jawapannya.. Setiap usaha ada balasan.. mari kita sama2 bina kekuatan,bina semangat,teruskan perjuangan!

jangan mudah putus asa...Allah ada jawapannya..Untuk cerpen Dr mawar, aku takkan mudah mengalah.. Akan ku hasilkan juga cerpen eksperimentalku..




Waktu yang dijanjikan…



Sungguh aku benar- benar rapuh saat ini. Ilham cerpen, tidak juga menjelma. Kekangan waktu terus menghimpit dan menyesakkan dadaku. Wahai waktu, aku izinkan kau bergerak beredar meninggalkan aku. Kerana aku yakin Dia merencanakan sesuatu buatku. Duhai hati yang rapuh, yakinlah Dia ada untukmu. ‘Jalan keluar’ yang kau inginkan akan ditunjukkan. Kerana itulah janji-Nya kepada semua hamba yang bertakwa. Sabarlah duhai hati......

Monday, 3 December 2012

PERMUDAHKANLAH URUSANKU YA ALLAH..


Malam kian melabuhkan tirainya, jam juga kian menginjak ke waktu pagi.  Namun aku masih termangu-mangu di hadapan komputer riba milikku. Terasa mataku sukar untuk dipejamkan. Barangkali kecelaruan yang bersarang di dada dan mindaku yang mengakibatkan mataku sukar lelap malam ini. Ketika bersendirian begini, fikiranku jauh menerawang.. menerawang ke segenap ceruk kawasan otakku, cuba mengumpul maklumat apakah yang sedang cuba disampaikan oleh otak kepadaku. Oh, persoalan 'tokoh' laju menyerbu serta-merta di kala ini, memaksa benakku memutar ligat untuk terus berfikir siapakah agaknya ''DIA'' yang boleh aku gunakan sebagai watak cerpenku nanti. ''DIA'' masih belum juga ku temui sedangkan masa terus bergerak bagaikan sengaja terburu-buru untuk meninggalkanku. Ahh tuhan, berilah aku kemudahan untuk melakukan kerja ini ya Allah.. Berilah aku petunjukMu ya Allah..

Saturday, 1 December 2012


Garapan ilham...




Situasinya:

          “Ahmad, bagaimana dengan perkembangan cerpen kamu?”
          
           “Maaflah abu. Tetapi tiada sebarang perkembangan buat masa ini. Saya masih       
            tidak mempunyai sebarang ilham untuk menulis.”
          
          Berdasarkan dialog pendek di atas, dapatlah saya nyatakan di sini bahawa ilham itu memainkan peranan yang sangat penting kepada para penulis. Ilham dapat didefinisikan sebagai, lintasan idea ataupun buah pemikiran yang kita perlukan dalam melakukan sesuatu perkara atupun meninggalkannya. Allah berfirman mengenai ilham di dalam surah As- Syams ayat 7-8 yang membawa maksud:
                   
               “Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya                                             
                (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta                             
                mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya                            
                kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa.”
          

           Ketahuilah sahabatku sekalian. Ilham itu milik mutlak Allah. Sahabat- sahabatku yang bijaksana, sudahkah kalian memperoleh ilham untuk menghasilkan cerpen eksperimental kalian? Jikalau sudah ada, maka bersyukurlah. Kerana sesungguhnya Allah jualah yang Maha Bijaksana. ^_^


Nota kaki: jiwaku dihambat gelisah dek kerana ilham yang kuharapkan tidak jua                       
                menjelma.=’(

Dua Cerpen....


KEJUTAN....

Terdengar satu perkhabaran yang mengatakan bahawa dua cerpen perlu dihasilkan bagi memenuhi tuntutan kursus Penulisan Kreatif. Terdetik di hati saya hanya satu persoalan dengan satu perkataan. “Apakah? Oh semput~~”. Berlagak seakan- akan tidak mengetahui walaupun hakikatnya sudah diberitahu seawal pengenalan kursus lagi. Wahai sahabat sekalian, ayuh mulakan pencarian secara maksima anda. ^_^

Friday, 30 November 2012

P.K. ??


Demi sebuah pengalaman...

Ekspresi muka kalian jelas menunjukkan tanda tanya tentang apa yang bakal saya kongsikan pada malam ini. Sebelum itu, izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada pihak fakulti kerana telah memberi peluang kepada saya untuk mengambil kelas Penulisan Kreatif pada semester 3 sesi 2012/2013 ini. Ianya merupakan suatu perkara yang baru bagi saya dan segala tunjuk ajar daripada para pendidik di dalam kursus ini amatlah saya perlukan. Walaupun penghujung semester hampir tiba, ianya seakan- akan semester ini baru sahaja bermula. Cukuplah setakat ini sahaja dulu buat masa ini. Insya Allah kita akan bertemu lagi dalam entry yang akan datang. Izinkan saya akhiri entry ini dengan satu buah pemikiran yang indah untuk kita semua.


Kepada sahabat- sahabatku yang baik...
Maka kalian ketahuilah...
Setiap apa yang bakal kalian lakukan...
Akan dipersoalkan pada hari pembalasan nanti...
Semoga apa yang kita lakukan pada hari ini...
Memberi manfaat kepada sesiapa sahaja...
~ sekian~ 




Tuesday, 27 November 2012

Sejukkanlah Bumi...


Mendung yang tidak berlagu......

Sedari lewat petang ini, apa yang mampu kurasakan hanyalah sejuk yang mencengkam kalbu. Mendung gelap tanpa suara, bagaikan membawa seribu satu persona kepada sesiapa yang melihatnya. Pelbagai interpretasi diungkapkan tentang langit ganas yang legam. Namun, janganlah sesekali kita lupa bahawa bersama langit gelap itu dibawanya rezeki dan limpah rahmat. Moga sejuk dan damailah bumi kita berpijak.

Allahumma soyyiban nafi'a - Maksud : Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang bermanfaat.(HR 

 Bukhari)



Wahai sahabat- sahabatku yang baik...
Bangkitlah... Seruan sudah memanggil...
Bersama- samalah kita menghadap Al- Khaliq....
(^_^)


Monday, 26 November 2012

PEMBUKA BICARA


PEMBUKA BICARA

Tika tangan ini menggerakkan tinta untuk menulis pengisian pertama saya ini, terdetik di benak dan minda saya, “apa yang patut saya tuliskan?”. Kerana bukanlah saya seorang yang terlatih untuk menjadi penulis. Keinginan yang membuak- buak di dalam dada yang membawa saya ke mari.

Izinkan saya berkongsi sedikit daripada ilmu Allah bersama kalian. Demi sesungguhnya, setiap apa yang kita kerjakan itu mulakanlah dengan niat. kerana dengan niat yang baik, insya Allah, setiap pekerjaan yang kita lakukan akan dipermudahkan. Selari dengan hadis baginda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:


Amalan itu bergantung pada niat kita,
adakah semata-mata karena Allah SWT atau karena hal lainnya,
jadi mari luruskan niat,
semoga peroleh keredhaan dan keberkatan-Nya..
renung-renungkan dan selamat beramal...^-^