Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 8 December 2012


Pembawakan...




Saya tersentak daripada lena dengan lelah yang maha dahsyat. Astaghfirullah... tiadalah saya didatangi mimpi indah saat beradu malam tadi. lena yang pendek cuma, tetapi mengundang seribu satu persoalan kepada saya. Ya, jujur saya akui bahawa belakangan ini saya seakan- akan terkejar- kejar hendak menyiapkan karya eksperimental saya. Bagaimana ianya tidak mengundang persoalan kepada saya kiranya saat saya terjaga tadi, tubir mata saya dibasahi dek mutiara- mutiara halus. Allahu akbar! Adakah saya menangis? Mimpi apakah yang mendatangi saya dalam lena yang pendek itu? Jujur, ia mengganggu gugah spiritual saya. Minda yang dangkal ilmunya ini turut gagal mencerna apa yang yang telah menimpa saya sepanjang saya lena.




Ya Rabb... kiranya Kau ingin menguji aku, pinjamkanlah aku sedikit daripada kekuatan-Mu agar tiadalah aku rapuh sepanjang aku cuba untuk menempuhinya. Kerana tiadalah yang lebih kuat melainkan Kau Yang Maha Kuat. Ilmu yang kumiliki, tiadalah dapat mentafsir segala rahsia-Mu tentang apa yang bakal terjadi sama ada di langit mahupun di bumi. Kerana hanya Engkau lah Yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu itu. Allahu akbar!



Friday, 7 December 2012


Biarkan tintaku menari berterusan melakar kanvas...

Alhamdulillah... selepas beberapa hari saya menghadapi kebejatan idea, pada hari ini, ilham itu datang tanpa saya duga. Memulakan sesebuah karya itu sesungguhnya memerlukan tingkat kesabaran yang tinggi. Sungguh saya takjub melihat mereka yang terus- terusan gigih menghasilkan sesebuah karya penulisan. Semoga kalian terus berjuang agar karya penulisan tidak hilang ditelan arus kemajuan. J


Ke hadapan saudara- saudaraku...
Izinkan saya bertanya...
Sudahkah anda memanjatkan syukur kepada Ilahi pada hari ini?
Sahabat...
Dalamilah bait potongan doa di atas...
Kerana dengan bersyukur, bahagia itu akan kita perolehi...
Alhamdulillah... J


ohhh aku bingung..!

OHHHH AKU BINGUNG!!! Beginilah jeritan suara hatiku yang menerjah seluruh saraf-saraf dalaman organku. Hatiku yang bergelojak saat ini sungguh sukar untuk ku pujuk agar kembali bertenang. Apa puncanya aku berkelakuan seperti ini?? Ohh..pastinya kerana kegusaranku yang kian memuncak lantaran belum lagi memulakan langkah untuk memikirkan plot-plot cerpen. Walau 'DIA' telah ku temui, tetapi tanpa jalan cerita dan idea untuk menulis cerpen, segala kerja pasti tidak akan menjadi. Namun begitu, kotak fikiranku berputar ligat.. mengingati aktiviti luar kuliah pada hari isnin ini iaitu melawat ke tasik Putrajaya. Wah, tidak sabar menunggu hari tersebut! Pasti seronok bukan melihat pemandangan di sana pada waktu malam. Melihat tasik yang luas, Masjid Putrajaya yang indah, senibina bangunan di sekelilingnya yang cantik, ah..sungguh mendamaikan. Seakan terbayang-bayang di ruangan mataku pemandangan itu. 
Aku berharap, niat kami untuk menggarap idea dengan melihat panorama malam di sana akan membuahkan kejayaan. Semoga aku juga turut mendapat manfaat sepanjang berada di sana nanti.

Wednesday, 5 December 2012


Sang pemerhati...

Sama sekali saya tidak pernah menyangka akan mengalami perubahan sedrastik ini. Dunia saya berubah 360 darjah. Impak daripada mengambil kursus Penulisan Kreatif, menjadikan saya seperti insan yang diberikan nafas baharu mengenai dunia ini. Saya mula menjadi pemerhati. Laksana helang di angkasa yang menyasarkan mangsa di bawah sana. Saya cuba mengaitkan segala ciri- ciri yang ada di sekeliling saya kepada “dia”. Jujur, setiap daripada mereka itu mempunyai ciri- ciri ketokohan yang tersendiri. Ada di antara mereka yang mempunyai ketokohan sebagai pemimpin, ada juga antara mereka mempunya ketokohan sebagai sahabat sejati. Paling utama yang dapat saya perhatikan, mereka mempunyai ketokohan untuk menjadi pemimpin kepada diri sendiri. “Dia”, janganlah kamu menyepi. Masaku semakin suntuk. Saya akan terus mencari dan mencari, hingga “dia” saya temui... 


Belajarlah untuk memandang dan memerhati dunia ini dari semua sisi... moga dengannya kita akn lebih mengerti tentang identiti diri... percayalah, perspektif manusia yang acapkali berbeza menjadi antara penyebab dunia ini berwarna- warni...



Tuesday, 4 December 2012

di sebalik usaha ada ganjaran


Masa untuk menyerahkan tugasan kursus Penulisan Kretif semakin hampir. Tidak sampai sebulan sahaja lagi tapi langkahku masih terhenti. Aku berasa putus asa apabila teman-teman lain sudah menemui 'tokoh' cerpen yang mereka cari sedangkan aku masih samar-samar lagi, masih teraba-raba untuk mengorak langkah membina cerpen. Mungkin ini cabaranku sebagai pelajar kursus lain yang mencuba untuk menimba pengalaman dalam bidang penulisan. Namun, takkan ku biar rasa putus asa ini dapat bermaharajalela di lubuk hatiku kerana ku tahu setiap usaha itu pasti ada ganjarannya..

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB :
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
 QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
Surah At-Taubah ayat 129



ketahuilah sahabat-sahabat sekalian.. setiap persoalan ada jawapannya.. Setiap usaha ada balasan.. mari kita sama2 bina kekuatan,bina semangat,teruskan perjuangan!

jangan mudah putus asa...Allah ada jawapannya..Untuk cerpen Dr mawar, aku takkan mudah mengalah.. Akan ku hasilkan juga cerpen eksperimentalku..




Waktu yang dijanjikan…



Sungguh aku benar- benar rapuh saat ini. Ilham cerpen, tidak juga menjelma. Kekangan waktu terus menghimpit dan menyesakkan dadaku. Wahai waktu, aku izinkan kau bergerak beredar meninggalkan aku. Kerana aku yakin Dia merencanakan sesuatu buatku. Duhai hati yang rapuh, yakinlah Dia ada untukmu. ‘Jalan keluar’ yang kau inginkan akan ditunjukkan. Kerana itulah janji-Nya kepada semua hamba yang bertakwa. Sabarlah duhai hati......

Monday, 3 December 2012

PERMUDAHKANLAH URUSANKU YA ALLAH..


Malam kian melabuhkan tirainya, jam juga kian menginjak ke waktu pagi.  Namun aku masih termangu-mangu di hadapan komputer riba milikku. Terasa mataku sukar untuk dipejamkan. Barangkali kecelaruan yang bersarang di dada dan mindaku yang mengakibatkan mataku sukar lelap malam ini. Ketika bersendirian begini, fikiranku jauh menerawang.. menerawang ke segenap ceruk kawasan otakku, cuba mengumpul maklumat apakah yang sedang cuba disampaikan oleh otak kepadaku. Oh, persoalan 'tokoh' laju menyerbu serta-merta di kala ini, memaksa benakku memutar ligat untuk terus berfikir siapakah agaknya ''DIA'' yang boleh aku gunakan sebagai watak cerpenku nanti. ''DIA'' masih belum juga ku temui sedangkan masa terus bergerak bagaikan sengaja terburu-buru untuk meninggalkanku. Ahh tuhan, berilah aku kemudahan untuk melakukan kerja ini ya Allah.. Berilah aku petunjukMu ya Allah..